Friday, 11 January 2013

Hari Lahir ^.^


Bismillahirrahmanirrahim.. 

10th of January.
Today is my elder sister's 23rd birthday.

Well,
Age is just a number.
In which we always keep on counting every year.
Throw a surprise birthday party to celebrate that particular person.
Why?
Because we want him/her to be happy and feel appreciated.
That's one of Human desires and temptations.
Including me.

It reminds me to the 4th hadith of 40 hadith complied by Imam Nawawi.
About 'The Creation of Man and The End of Charity'
Okay, let me explain further in Malay.
My english is poor and bad.

Hadith ini menceritakan tentang:

     1.  Asal usul kejadian manusia.
- Manusia diciptakan secara beransur-ansur. 
- Bermula daripada tanah (penciptaan Nabi Adam a.s) atau dari air mani (nuthfah) yg berasal dari tanah. Kemudian, segumpal darah (a'laqah), seketul daging (mudhghah) dan seterusnya ditiupkan roh. 
- Hal ini jelas untuk menunjukkan bahawasana, manusia dicipkan secara berperingkat dan mempunyai jangka masa yang tertentu. Jika tidak, tidak lah kita semua hidup dalam rahim ibu-ibu kita selama approximately 9 bulan, bukan? Oh, sungguh Allah Maha Teliti

     2.  Ditulis empat kalimat semasa dalam kandungan.
- Setelah kandungan itu hidup kerana ditiupkan ruhnya oleh malaikat, maka diperintahkan kepadanya untuk ditulis 4 kalimat mengenai :
  1. Rezeki; banyak/sedikit, dengan cara yang senang/susah, jalan yang halal/haram.
  2. Ajal; panjang atau pendek umurnya.
  3. Amal; baik atau buruk pekerjaannya.
  4. Kesudahan nasib dirinya; bahagia atau celaka.
-  Apabila Allah mengizinkan kejadian seseorang manusia itu, maka malaikat akan pergi ke Luh Mahfuz utk menyalin empat perkara di atas serta jantina dan sebagainya hingga kepada sifat-sifatnya yang kecil. Semuanya ada belaka. 
- Begitulah ketetapan Allah kepada setiap manusia. Tetapi kita tidak tahu bagaimana tulisan tersebut. Jadi, urusan kita sebagai manusia adalah melakukan kewajipan dan meninggalkan laranganNya. 

      3.  Sehasta saja dengan neraka atau syurga.
- Dalam hadith ini, dimaksudkan bahawa adapun orang yang ketaatan dan amalnya tiada jarak dengan syurga kecuali sehasta contohnya semasa waktu muda, tetapi nasibnya adalah malang sebab suratnya telah terlebih dahulu menetapkan ia adalah ahli neraka contohnya, fasik ketika tua dan dalam keadaan itu ia mati pada masa ia asyik dengan perbuatan ahli neraka. Maka kerana itu, masuklah ia ke dalam neraka. 
-Dalam sanad yang seterusnya, hadith ini menceritakan tentang mereka yang bahagia pengakhirannya. Adapun orang bahagia kerana ia mati dalam amal ahli syurga walaupun pada kehidupan sebelumnya ia telah banyak melakukan amal ahli neraka sehingga neraka itu jaraknya cuma sehasta, tetapi disebabkan perubahan yang dilakukannya, maka akhirnya ia dapat memasuki syurga.
 -Baiklah, di sini mungkin akan timbul satu persoalan di mana; "Kalau dah ditetapkan macam tu, kenapa perlu beramal lagi?" Haa, ada terfikir  tak?
- Tapi, masalahnya sekarang, kita tahu ke kita ni masuk syurga ke neraka nanti? Tak tahu kannnn??? So, takkan nak berhenti buat amalan macam tu je? Kan nak jadi hamba yang bersyukur dan taat pada Allah.
- Sebab tu lah kita tak boleh berputus asa dalam melakukan ibadah kepada Allah. Lakukan ia sebaik-baiknya ibarat kita akan mati pada esok hari. Maka, boleh la amalkan satu doa Rasulullah s.a.w.
"Maksudnya: Hai Tuhan yang mengubah / membolak-balikkan segala hati!
Tetapkanlah hatiku atas agamaMu" 
 - Jadi, amalkan lah doa ini supaya hati kita tetap dijalan Allah dan mengalami pengakhiran yang baik. Iaitu: *bertemu dengan pencipta, *layak untuk masuk syurga, *bersama-sama org yang mencintai Allah (mesti lah nak dengan family sendiri kan?) dan *dapat kembali,balik ke kampung kita yang sebenar (syurga).
 
Penutup:

As a conclusion,FIRST in this hadith it shows that a man is created gradually in a particular manner. There's a flow from early stage to the next. An infant was not made suddenly with perfect limbs. It took 9 months to formed a perfect human body with Allah's permission. 

SECONDLY, it says about our daily practice is a condition approximating us to be rewarded as good or evil, heaven or hell. So, recheck our actions. As a muslim, every action we took should be considered as ibadah and not fruitless and meaningless one. 

#It should be published yesterday. But due to some problem,it has been delayed. Anyhow, Jazakumullah khairan kathira for reading. :)

May Allah bless you and me. We enter paradise together. InshaAllah.

Wasalam.




1 comment: