Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammu'alaikum w.b.t
:)
Hari-hari yang mendatang.
Amatlah rugi jika ianya diisi dengan perkara-perkara yg tidak berfaedah.
Apakah contoh bagi perkara-perkara yang tidak berfaedah itu?
Tepuk dada, tanya iman.
#senyum :)
Ianya subjektif.
Lain orang, lain fikrah, lain kefahaman, lain tahap keimanan,
Lain jawapannya.
Sebab itu kena tanya diri sendiri.
Jika tanya saya,
Perkara tidak berfaedah itu,
Termasuklah tengok movie, dengar lagu, stalk FB orang and etc.
That's my opinion.
Terlalu rigid ke?
OR
Common lah jawapan kau ni.
#sengih nampak gigi :D
Entah,
Tarbiyah buat saya berjaya tinggalkan korea, movie, lagu-lagu and etc.
Yes,
Karat-karat itu masih ada.
Masih dalam proses untuk perbaiki diri.
Sebab,
Saya ingin merasai mati itu hanya sekali.
Susah payah dekat dunia yang sementara.
Impikan kehidupan akhirat yang kekal abadi selamanya.
Nak masuk syurga.
Tak nak masuk neraka.
Bukankah ini jawapan kita bersama apabila guru bertanya semasa sekolah rendah?
Ingatkah lagi wahai kita semua?
LUPA.
Yeah, itu memeng sifat manusia.
Sebab itu kita digelar sebagai insan.
Yang bermaksud "PELUPA"
Ingat lah kembali pada cita-cita kita sejak kecil lagi ini.
Supaya,
Dengan kedewasaan, kematangan, dan nikmat yang diberikan ini,
Dapat mendekatkan kita kepada Sang Pencipta.
ALLAH
Tuhan Yang Esa.
Sudah lama tidak mencoret apa-apa catatan dalam blog yang usang lagi bosan ini. Kewajipan yang ada melebihi masa yang telah ditetapkan untuk setiap manusia. Kewajipan yang tidak semua manusia sanggup untuk menggalasnya kecuali diizinkan Nya dan diberi pinjam kekuatan untuk menjadi seorang muslim yang luar biasa.
Saya impikan pekerjaan itu. Dan Dia, Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya. Moga Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati ini menetapkan hati saya untuk terus tsabit dijalanNya. Amin ya rabbal 'alamin. :) Begitu juga dengan anda semua. Ameen.
Sekian, Jazakumullah khairan kathira.
No comments:
Post a Comment