Sunday, 7 April 2013

My Country, Wake Up!!

Bismillahirrahmanirrahim.. :)

Assalammu'alaikum w.b.t.


Aku sedih melihat dunia pada hari ini,
Lebih-lebih lagi kepada tanah air yang ku cintai, Malaysia
Di mana FITNAH itu berleluasa,

“Pihak A menuding jari kepada pihak B.
Pihak B menuding jari kepada pihak A”
Saling tuduh menuduh! Aduh!

Apakah itu fitnah?
“Apabila seseorang mengatakan sesuatu perkara yang tidak benar tentang seseorang kepada  yang lain”

Yang aku lihat,
Fitnah meluncur laju dari mulut-mulut mereka.
Sepertinya Fitnah itu tidak mendatangkan apa-apa dosa.
Astaghfirullah.

A berkata, “P.A.S = Parti Ajaran Sesat”
B berkata, “R.A.B.U = Rakyat Akan Buang Umno”
Bersempena dengan hari pembubaran Parlimen.

Apakah semua ini?

Malaysia,
Satu negara yang majoriti penduduknya adalah muslim,

Akan tetapi,
Muslim yang ada itu sedang berada dalam ‘kesakitan’
Adakah wajar untuk ‘kesakitan’ ini di atas tampuk pemerintahan dahulu?

Aku berfikir,
Mungkin itu menjadi salah satu faktor ‘kesakitan’ umat,
Tetapi aku kira ini bukanlah faktor yang utama.
‘Kesakitan’ itu berpunca dari kefahaman islam yang lemah,

Aku kira,
Jika mengikut sejarah islam dahulu,
Islam tidaklah bermula dengan syariat,
Dan tidak pula bermula dengan sebuah kerajaan,
Ia bermula dari seorang yang sangat mulia,
Iaitu Rasulullah S.A.W.

Apakah yang Rasulullah lakukan?
Baginda perkenalkan ‘Lailahaillah’
“Tiada Tuhan selain Allah”

Islam itu bermula dengan pembetukan aqidah.

Apakah itu aqidah?
Mengikut kefahaman aku yang cetek ini,
Aqidah adalah kepercayaan.
Membentuk kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu.

Bila aqidah itu sudah mantap dalam hari para sahabat,
Maka bermulalah penurunan syariat.

Bilakah syariat – syariat itu diturunkan?
Kebanyakannya selepas pembentukan Negara Madinah.
In shaa Allah

Pada ketika itu,
Para sahabat adalah golongan ‘Sami’na wa ‘ata’na’
Kami dengar dan kami taat,
Mereka sanggup berbuat apa sahaja yang Allah suruh dan meniggalkan apa sahaja yang Allah larang,

Bagaimana mereka boleh mencapai tahap ini?
Kerana AQIDAH yang mantap terbina dalam hati mereka.
Islam itu bermula dengan ‘Individu Muslim’,
Kemudian ‘Baitul Muslim
Masyarkat Muslim,
Kerajaan Islam,
Daulah (Negara) Islam,
Empayar Islam,
Ustaziatul Alam (Tempat rujukan dunia)



 Ia adalah satu proses yang memakan masa yang lama,
Jika kita kembali kepada sejarah,
Rasulullah mengambil masa 13 tahun untuk memantapkan aqidah para sahabat.
Selepas itu barulah mempunyai kerajaan dan Negara Islam.
Negara Islam yang pertama adalah Madinah.

Di sini apa yang ingin aku sampaikan,
Apabila aqidah itu mantap dalam hati setiap muslim,
Semua muslim akan menjadi golongan para sahabat yang “Sami’na wa ‘ata’na
Di mana syariat Islam itu boleh dilaksanakan tanpa menerima sebarang bantahan dari masyarakat muslim sendiri,
In shaa Allah.

Dan segala masalah yang menjadi punca kepada ‘kesakitan’ umat pada masa kini,
Akan dapat diselesaikan,
In shaa Allah.

Secara tidak langsung,
Ia akan menarik lebih ramai lagi,
Mereka di luar sana,
Yang belum berpeluang untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Islam tidak tertegak dalam masa satu hari,
Islam bukanlah bermula dari satu kelompok manusia yang semuanya sudah memeluk Islam,
TIDAK!

Ia bermula dari seorang,
Dan berkembang kepada para sahabat,
Sehingga sampai kepada kita pada hari ini.
Alhamdulillah.

“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan berakhir dalam keadaan dagang (asing). Maka beruntunglah orang-orang yang asing”



Befikirlah sedalamnya sebelum membuat keputusan.
Mintalah petunjuk kepada Yang Satu,
Hanya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Tunduk, rukuk dan sujudlah kepadaNya.


Jazakumullahu khairan kathira. :)

No comments:

Post a Comment